Wednesday 30 November 2011

:: Coklat ::


.: Assalamualaikum :.

Alhamdulillah rezeki dari Allah.. cheecah dapat tempahan coklat dari Mazlin untuk kenduri berkhatan anak buahnya.. Tq Lin.



Lolichocs edible image dan love





siap di bungkus untuk penghantaran kepada empunya diri


:: COKLAT 2 BIJI RM0.70 ::

:: LOLLICHOCS RM 1.20 /pcs ::

Tuesday 29 November 2011

:: KEK BOBOIBOY ::

.: aSSALAMUALAIKUm :.



k, ni kek bobiboy tempahan dari kak khas utk Iqbal yang menyambut kelahiran ke 4 tahun. Tapi.. atas kesilapan teknikal che'ecah telah membuatkan gambar tu berkedut-kedut.. tapi dah potong harga skit kat kak khas.. Kek ni 2 TINGKAT sebenarnya.. lagi satu gambar seperti di bawah-bawah ni..




Ni adalah untuk kek yang bawah dengan hiasan coklat bola. ni fisrt time cheecah wat kek 2 tingkat.. bangga dapat siapkan dengan jayanya kecuali gambar tu laa.. next time!! tak nak silap lagi k.. nasib baik anak dia senyuuummmm tgk gambar boboiboy tu.. tq kak khasliza



::KEK SPAN COKLAT / FRESH CREAM / EDIBLE IMAGE::

BERAT : 2.6 KG ( 2BIJI )

:: HepY BeSdaY AbaNg ::

Surprise cake untuk cik abang pada 3 November lalu..skrg baru dapat upload. Kejutan dari saya dan anak-anak yang menggelabah. Anak menggelabah kita pun jadi kelam kabut dibuatnyer.. hee kalo di ingat semula memang tersenyum lebor. Buat makan-makan skit anak beranak. melantak la kitaorg dengan satay, nasi ayam dan kek yang best ni..



SEMOGA ABANG DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK, DILIMPAHI RAHMAT YANG BERPANJANGAN DAN SAYANG KAMI SELAMANYA.


:: KEK SPAN / BUTTERCREAM ::

Thursday 24 November 2011

.:. Kek Hiasan Pertamaku .:.

Hee.. ni adalah kek pertama che'ecah buat dengan icing. Tapi bukan icing.. just cream well jer.. masa tu tak tau buat lagi so.. tak tanya habis kat kedai bakery balik main buat ajer.. langsung xletak gula icing. jaadiiii rasanya xmanis dan cam makan ape ek nak kata.. sape yg makan tu tau la camane rasenyer.. Sory la pada orang-orang yang makan kek ni. Walaubagaimanapun.. kini che'ecah dah menambahkan beberapa ilmu pengetahuan mengenai buttercream. Insyaallah pasti sedap dan tak la terkulat-kulat bila makan cream tu.. hee sory yek.  




Kek Butter n cream well (hee)

Saturday 19 November 2011

:: SelaMat HaRi LaHiR DhiYa KaiYisaH ::


Assalamualaikum..




Alhamdulillah.. dapat menyiapkan kek last minutes ni dengan ape jer bahan yang ada kat umah. Kek ni untuk si comel bernama Dhiya Kaiyisah yang ke 4 tahun. Simple n sweet. Suka sangat..


Percaya kepada keupayaan diri. akhirnya alhamdulillah disiapkan dengan jayanya. tima kaseh pada hubby yang sudi teman hingga kek ni siap sambil dengar lagu-lagu indo terkini lagi sensasi. 


.:. KEK SPAN COKLAT / FRESH CREAM / EDIBLE IMAGE .:.

:: Cheese Cake ::


Salam, kali ni nak post cheese cake dari che'ecah atas tempahan daripada kak ida pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.. Che'ecah buat kelainan skit dengan menggunakan buah peach sebagai hiasannya.. Saje ubah selera n kaler, nampak cam menarik skit kot..  Tq kak ida. 


Anak kak ida suka makan macam mkn ice cream katanya.. xde nak potong-potong der ambik sudu terus tarah jer ciskek tu.. he 




CHEESE CAKE DGN TOPPING BLUEBERRY FILING N BUAH PEACH

RM50 SHJ

Tuesday 15 November 2011

::Kek Ben 10::


Kek Ben 10, last minutes order dari kak khas untuk Aiman xkisah.. hee peminat kartun  masakini. gambar besar xder.. jadi gambar kecik pun jadilah asalkan ada gambar. TQ kak Khas..








Tempahan ni telah dibuat sekali dengan order cheese cake blueberry.

Kek Span Coklat dengan fresh cream


:: Kek Coklat Walnut Brownies ::


Hmmmm ni antara kek yang paling sedap bagi orang yang suka makan kacang macam saya. Asalnya saja cuba-cuba buat untuk makan-makan n buat tester di office.. Ramai lak yang suker n order. Brownies yang moist dengan kacang walnut. Rasa lemak dan sesedap rasa.



Begini rupa bila dah pakaging




che'ecah menggunakan teknik mengiurkan bagi teruja skit


Sudut pandangan dari udara


Siap di touch up dengan eloknyer.. elok ker.. hee okla tu.


Tarraaa... Kek coklat walnut brownies dengan coklat ganache
Harga RM 50 sahaja

:: Simple Deko Cake ::


Hee.. ni kek paling simple den buat.. sebab kekeringan idea dan sedikit kepenatan. Tempahan dari kak liza. Harap xserik dengan deko yang xseberapa ini yek. ape pun dapat disiapkan dengan jayanya.. alhamdulillah. Kak liza pun ok jer.. he



Kek Coklat / Butter cream n coklat ganache


Kek Coklat 9"

:: Edible Image - Princess ::



Salam, The Princess cake, tempahan dari Sham untuk besday anaknya. Anak minat dengan Princess so, kebetulan kat kedai ada gambar ni tercapai la hasrat si bapa untuk surprise kan anak kesayangan. Sama lak nama anak.. Umairah. Tima kase atas tempahan.





Kek Coklat / Fresh Cream / Butter Cream n Edible Image

Friday 11 November 2011

::Bajet Wedding Gift::


Assalamualaikum.. k, che'ecah ada menawarkan pakej untuk bajet gift untuk majlis kenduri kahwin atau untuk sebarang majlis. Bagi yang nak buat tambah-tambahan gift atau cupcake semata-mata untuk diberi kepada para tetamu dengan bajet yang murah, Insyaallah boleh membuat pilihan ini. Che'ecah menawarkan cupcakes dari jenis buttercake dengan pilihan flavor vanilla, coklat, stawberry dan pandan. Sila la buat pilihan... wassalam.



kek gula hangus (kukus)



Individual packaging


Cadangan Hiasan



Cadangan Hiasan

:: BAJET WEDDING GIFT::

1-500 pcs RM1.50
501-1000pcs RM1.20
1001 dan ke atas RM1.00


Tuesday 8 November 2011

Doorgift untuk kenduri Kak Aida




Salam, lama tak n3.. sbb bz skit. So, hari ni nak publish doorgift untuk kenduri. tempahan dari kak aida. dia nak sedekah kat org yg datang kenduri saje buat tambah-tambah katenyer. Tima kase, n silalah tempah lagi yek.


Menawan...


simple n nice..

Buttercake dengan coklat ganache
Badam n coklat rice


Tuesday 1 November 2011

:: Kek Anniversary ::


Salam semua..kali ni dapat order untuk kek anniversary dengan edible image. Percubaan yang mengujakan. tima kase pada husband yang memberikan idea. Tima kase pada faha yang sudi order, nampak hepy bila terima kek ni. harap sudi-sudi order lagi. Tima kase sumer.




Kek Coklat Lembab::Buttercream::edible image